Dari sebuah unit kecil ( Unit Kerohanian ) di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar,
kini ianya berkembang menjadi satu Pusat yang disegani di UTHM ini. Idea
penubuhannya diilhamkan oleh Allahyarham Tn. Hj. Hasbullah Bushro b. Kasban
yang merupakan ketua Unit Kerohanian ketika itu.
Sebelum penubuhan Pusat Islam, Masjid Jamik KUiTTHO telah
dinaik taraf dari sebuah surau kepada Masjid Jamek pada tahun 2000. Di zaman
awalnya, Masjid KUiTTHO diletakkan dibawah kelolaan Allahyarham Tn. Hj.
Hasbullah Bushro b. Kasban, Ketua Unit Kerohanian, Pejabat Hal Ehwal Pelajar.
Kakitangan masjid ini hanyalah 3 orang iaitu seorang Imam dan seorang Noja
selain dibantu oleh beberapa orang pelajar. Walaupun kekurangan fasiliti dan
kakitangan, Masjid KUiTTHO masih dapat memberikan khidmatnya dengan baik kepada
warga kampus.Apabila Pusat Islam ditubuhkan, maka
pentadbiran Masjid ini diletakkan terus dibawah pentadbiran Pusat Islam.
Pusat Islam secara
rasminya ditubuhkan pada awal tahun 2001 dan menggunakan sebahagian dari Masjid
KUiTTHO sebagai pejabatnya. Selaras dengan pertambahan beban kerja dan tanggung
jawab, Pejabat Am Pusat Islam telah dipindahkan ke bangunan HEP pada tahun 2003
dan kekal di sana sehingga 2011i.
Pada 1 Februari 2007, Pusat Islam KUiTTHO telah bertukar
nama kepada Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaras
dengan pertukaran nama KUiTTHO kepada UTHM.
Di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-
9), rancangan pembangunan Pusat Islam dan Masjid Jamek UTHM termasuk di dalam
rancangan pembangunan infrastruktur universiti iaitu pembangunan Kompleks Pusat
Islam dan Masjid baru yang menelan belanja kira-kira RM 25,953,456 juta dan
dijangkakan siap pada tahun 2013 (bermula dari 9 hb Oktober 2008 sehingga
2013). Ianya bakal dilengkapkan dengan Dewan Solat yang memuatkan kapasiti
jemaah kira-kira 3 ribu orang, Pejabat Pentadbiran, Dewan Seminar dan lain-lain
kemudahan.
SEJARAH
PERPINDAHAN PUSAT ISLAM DAN MASJID UTHM
Majlis Penyerahan Masjid Baru UTHM
Pada 20 hb Oktober 2011, jam 3.35
petang, Majlis Penyerahan Masjid Baru UTHM telah dilakukan dihadapan mimbar
masjid baru. Pihak kontraktor utama iaitu MBN Consortium Sdn Bhd dengan
menyerahkan kunci kepada pihak UTHM yang diwakili Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin bin Ahmad, Penolong Naib
Canselor (Pembangunan), dan kemudian kunci
diserahkan kepada pihak Pejabat Pengurusan Harta Bina
PPHB yang diwakili oleh Ir Hj. Alias b.Mohd Zin Timbalan Pengarah
PPHB dan diserahkan dari pihak PPHB kepada pihak Pusat Islam yang diwakili
oleh oleh P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Pengarah Pusat
Islam sebagai simbolik penyerahan bangunan masjid dan bangunan sokongan.
Pejabat Am Pusat Islam dan Masjid UTHM berpindah
sepenuhnya pada 26 hb Oktober 2011 setelah membuat persiapan perpindahan selama
2 minggu, dan mulai beroperasi secara penuh pada 1 November 2011.
Bangunan Masjid dan Kompleks Pusat Islam mengandungi
Masjid, Pejabat pentadbiran, bilik seminar Al-Farabi, bilik komputer
Al-Khawarizmi, bilik sumber Harun Al-Rasyid dan lain-lain bangunan
sokongan.
Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena
Penggunaan Masjid Baru UTHM.
Pada 20 hb Oktober 2011, Khamis, Pusat Islam
menganjurkan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena penggunaan
Masjid Baru UTHM. Majlis ini dihadiri oleh Y.Bhg Naib Canselor UTHM;
Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, warga kampus, pemimpin dan masyarakat
setempat antaranya Y.B Dato Abdul Aziz Kaprawi, Exco Pertanian dan Industri
Asas Tani Negeri Johor merangkap ADUN Parit Raja, Dato’ Hj. Awang b. Hj Mohd,
Naib Pengerusi PERKIM Johor merangkap Pengerusi PERKIM Batu Pahat, Penghulu
Mukim 8,Majlis ini dipimpin oleh Imam Daerah Batu Pahat; Ust Nazri b Mat
Jamaluddin yang mewakili pihak Kadi Batu Pahat.
Kehadiran dalam majlis tersebut dianggarkan seramai
1000 orang. Di dalam majlis tersebut, Pengarah Pusat Islam P.M Dr. Syed
Muhammad Dawilah Al-Edrus telah berucap diantara isi kandungan ucapan mengharap
agar Masjid Baru UTHM menjadi pusat ilmu dan kemajuan bangsa kita dan
seharusnya menjadi kebanggaan warga kampus dan masyarakat setempat dan
kesuciannya perlulah dijaga dengan diimarahkan sepanjang masa.
Mulai dari tarikh tersebut, secara rasminya Masjid
Baru UTHM beroperasi pada Maghrib 21 Oktober 2011 berdasarkan surat kebenaran
dari pihak Majlis Agama Islam Johor.
Berdasarkan
surat kebenaran dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor, Solat Jumaat
pertama di Masjid Baru UTHM dilakukan bermula pada 22hb Oktober 2011. Khutbah
pertama bertajuk “Keutamaan Mengimarahkan rumah
Allah” disampaikan oleh Imam Besar Negeri Johor, Ust. Hj. Halid b. Sono
al-hafiz dan sebelum khutbah disampaikan pengisytiharan kebenaran menunaikan
solat Jumaat di Masjid UTHM disampaikan oleh Imam Daerah Batu Pahat; Ust Nazri
b Mat Jamaluddin