Aktiviti Pusat Islam



AKTIVITI SEMASA



Program 2013
Program Mahabbah Rasulullah SAW
Taqwim aktiviti Pusat Islam dimulakan dengan program Mahabbah Rasulullah SAW yang diadakan pada 24 Januari 2012 di Masjid UTHM. Program itu merupakan sambutan kecil bagi Maulid Rasulullah SAW sebelum diadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW Peringkat Universiti. Pada sebelah paginya diadakan majlis gotong royong dan rewang yang dilakukan oleh staf Pusat Islam dan ahli keluarga masing-masing untuk menyediakan jamuan bagi sebelah malamnya. Manakala pada sebelah malam, diadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat serta pembacaan Qasidah. Selepas Solat Isyak pula, diadakan majlis pembacaan Kitab Syamailil Muhammadiyyah (Kesempurnaan Rasulullah SAW) oleh Ust. Kamal Izhar b. Kamarulzaman al-hafiz dan Ustaz Mohammad Shahrir b. Hj. Abdul Muttalib al-hafiz.
Kursus Pengurusan Zakat Siri 1
Pusat Islam UTHM melalui Unit Zakat telah mengadakan Kursus Pengurusan Zakat pada 5 dan 6 Februari 2012 bertempat di Dewan Al-Farabi, Masjid UTHM. Kursus ini disertai oleh 40 orang kakitangan sokongan dan dikelolakan oleh tenaga pengajar dari Bahagian Zakat dan Baitulmal iaitu Ust. Mohd. Said b. Rasid. Kursus ini bertujuan untuk memberikan kaedah pengiraan zakat yang tepat, penerangan mengenai pembahagian zakat kepada asnaf memerlukan dan menyuntik kesedaran dan semangat untuk menunaikan ibadah berzakat.
Kursus Pendedahan Pengajaran Kaedah Iqra’: Cara Cepat
Unit Pembangunan Modal Insan Pusat Islam dengan kerjasama Darul Fikir Publisher telah mengadakan Kursus Pendedahan Pengajaran Kaedah Iqra’ secara mudah dan cepat bertempat di Dewan Al-Farabi, Masjid UTHM pada 19 Februari lepas. Seramai 60 orang warga kerja UTHM menyertai Kurusu yang menarik ini. Kursus ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan kefahaman dan teknik-teknik mudah mengaji mengikuti kaedah Iqra’. @ orang pemudah cara telah dijemput untuk mengendalikan kursus ini iaitu Ustaz Mohd. Mukri b. hj. Abdullah yang merupakan orang yang bertanggung jawab yang memperkenalkan kaedah Iqra’ ke Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Ust. Dr. Mohd. Furqon b. Mohamad Jamil Rifani iaitu utusan khas dari Pusat Iqra Jogjakarta ke Malaysia. Beliau juga merupakan anak murid kepada Almarhum Ust. As’ad Hummam pengasas kaedah Iqra’.

 Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Universiti


Pusat Islam UTHM telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti bertempat di Padang Kawad dan Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada 1 Mac 2013 yang lepas. Bertemakan ’Wasatiyyah Tunggak Perpaduan Ummah’, majlis ini dimulakan dengan perarakan dari Padang Kawad UTHM, menyusuri Jalan Batu Pahat – Kluang dan berakhir di Dewan Tunku Ibrahim Ismail dengan disertai sebanyak 29 kumpulan perarakan menyertai terdiri daripada 6 jemputan luar dan23 kumpulan dari warga UTHM. Anggaran peserta ialah lingkungan 600-700 peserta. Manakala persembahan di dalam DTII pula ialah bacaan al-Quran (pelajar tempatan dan antarabangsa),persembahan nasyid dari pelajar diploma dan bacaan berzanji dan qasidah ’ Ya Hanana’ oleh  staf dan pelajar UTHM.

Kemuncak majlis yang mulia ini ialah ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Sidek bin BabaProfesor Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Diakhir majlis pula, diadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan Perarakan Maulidur Rasul yang dimenangi Pejabat Naib Canselor, Pej.PNC (HIM), Pej.TNC (P&I).Pej.TNC (A&A), Unit Audit Dalaman, UCiTV, ORRIC bagi peringkat dalaman. Manakala Naib Johan disandang olehFakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan dan pemenang tempat Ketiga dirangkul olehFakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Manakala bagi kategori jemputan luar pula dimemangi oleh UTHM Holdings, manakala Naib Johan :Pusat Pengajian Diploma dan tempat ketiga pula dimemangi oleh Sek.Men.Keb.Temenggong Ibrahim.




Hadiah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM.
Kursus Pra Perkahwinan Islam
Pusat Islam UTHM dengan kerjasama Pejabat Agama Batu Pahat telah mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Islam pada 14 dan 15 Mac 2013 bertempat di Dewan Kuliah Blok G3. Seramai 400 orang peserta yang terdiri dari warga siswa dan siswi UTHM telah menyertai kursus selama 2 hari yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 petang tersebut.
Majlis Syarahan Akademik
Buat julung kalinya, Pusat Islam UTHM dengan kerjasama Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan mengadakan Majlis Syarahan Akademik bertempat di Dewan Al-Farabi, Masjid UTHM pada 22 Mac 2013. Penceramah jemputan untuk majlis ini ialah Syeikh As-Syarif Al-Imam Yusuf Muhyiddin Riq Al-Bakhur Al-Hasani, Mantan Mufti Kanada merangkap Pengarah Yayasan Islam Kanada.
Seminar Harta Pusaka
Kepentingan untuk mengagihkan harta pusaka secara adil dan mengikut syara’ telah mendorong Pusat Islam UTHM dengan  kerjasama konsultan luar iaitu Wassiyah Shoppe Sdn. Bhd. Untuk menganjurkan Seminar Harta Pusaka: Realiti Kehidupan bertempat di Dewan Al-Farabi, Masjid UTHM, 11 hb April 2013 yang lalu. Seramai 110 orang warga kerja UTHM telah menyertai seminar sehari ini. Para peserta didedahkan dengan isu-isu berkaitan dengan Harta Pusaka olehEn. Adzreen b. Sabirin, Ketua Pegawai eksekutif Wassiyyah Shoppe dab En. Herman Hidayat b. Md. Johari, Ketua Perunding Eksekutif Wassiyah Shoppe merangkap Presiden Rakan Mawarith.