ARKIB 2011
PROGRAM ’SMART START’
Program ini merupakan program sulung Pusat Islam bagi tahun 2011.Ianya diadakan dari 26 hb Januari sehingga 27 hb Januari 2011, bertempat di Dewan Kuliah 7 dan melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta. Program ini merupakan program berbentuk kursus kekeluargaan yang antara objektifnya ialah untuk mendedahkan kepada para peserta ilmu-ilmu kerumahtanggaan serta sebagai platform bagi memahami pasangan melalui 6 slot menarik iaiti slot ’Mengenali Dirimu’, ’Meneroka Harapan Kita’, ’Menangani Konflik dan Cabaran’, ’Ingat! Luahkan perasaan Anda’, ’Membina Kemesraan’ dan ’ Mengurus Sumber Keluarga.’ Program ini merupakan program dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) dan Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat.
KULIAH FEQH’ NISA’
Bertempat di ruang solat wanita Masjid UTHM, satu kuliah yang membahaskan mengenai permasalahan haid, nifas dan wiladah menurut hukum feqah diadakan pada 17 hb Februari 2011. Kuliah ini disertai oleh 40 orang peserta wanita yang terdiri dari siswi dan staf wanita UTHM. Penceramah yang dijemput bagi kuliah ini ialah Dr. Habibah@ Halijah bte Awang dari Fakulti Sains dan Sastera Warisan.
KURSUS PERKAHWINAN
Seramai 200 orang peserta yang terdiri dari warga UTHM menghadiri Kursus Perkahwinan yang diadakan selama 2 hari iaitu dari 26 hb Februari sehingga 27 hb Februari 2010 bertempat di Dewan Kuliah 2. Kursus ini merupakan kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Islam UTHM dan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat. Dalam tarikh yang sama juga Pusat Islam mengadakan 2 program lain iaitu Pintar 2011 dan Bengkel Pengurusan Organisasi.
BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI.
Diadakan sama tarikh dengan Kursus Pra Perkahwinan, Bengkel Pengurusan Organisasi ini diadakan di Tanjong Piai Resort Pontian dengan disertai oleh 40 orang Ahli Rakan Masjid UTHM. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli lama dan baru Rakan Masjid kaedah dan panduan untuk menguruskan organisasi selain dari membangunkan Rakan Masjid sebagai sebuat persatuan yang berkaliber dan terancang gerak kerjanya, selain dari memupuk semangat kerjasama diantara warga siswa/i dengan pihak pentadbiran UTHM.
PINTAR 2011
Begitu juga dengan program motivasi pelajar PINTAR 2011, ianya diadakan sama tarikhnya dengan Kursus Pra Perkahwinan dan Bengkel Pemantapan Organisasi. Program motivasi pelajar ini diadakan bertempat di Sekolah Menengah Dato’ Seth, Yong Peng dengan melibatkan penyertaan 111 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
MAJLIS CERAMAH MENGENAI PENJELASAN RESOLUSI MULTAQA ULAMA DARUL TA’ZIM
Lanjutan dari resolusi yang dibuat sempena Multaqa Ulama Darul Ta’zim yang diadakan bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, 8 Disember 2010 lepas, Pusat Islam UTHM dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat mengorak langkah pertama sebagai sebuah agensi kerajaan yang proaktif bagi memberi penerangan mengenai resolusi tersebut.
Majlis ceramah ini diadakan pada 3 hb Mac 2011 bertempat di Dewan Kuliah 3, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan mensasarkan penyertaan dari Imam-imam dan Guru Takmir Masjid dari sekitar Batu Pahat serta pegawai kanan Universiti. Mereka akan didedahkan dengan penjelasan mengenai kedudukan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhabkan mazhab Syafiei sepertimana yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Negeri Johor. Selain dari itu, para peserta akan diberi penerangan mengenai isu-isu penularan fahaman Wahhabiah dan Syiah yang sedang tersebar di dalam masyarakat Melayu Islam.
Penceramah yang akan dijemput didalam majlis ini ialah Ustaz Hj. Zamihan b. Mat Zin Al-Ghari; seorang yang amat berpengalaman mengenai isu-isu yang berkaitan Ahli Sunnah wal Jamaah di Malaysia. Beliau merupakan seorang Penolong Pengarah di Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi, Selangor. Beliau juga salah seorang pembentang kertas kerja didalam Multaqa Ulama Darul Ta’zim yang lepas.
Selain dari kaunter pendaftaran Tabung Haji, turut dibuka ialah booth buku yang menjual buku karangan Ust. Hj. Zamihan b. Mat Zin Al-Ghari iaitu Solat yang Sempurna Mengikut Sunnah.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT UTHM
Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah 1432 Hijrah peringkat Universti telah diadakan secara besar-besaran dengan kerjasama Pejabat Tabung Haji Batu Pahat pada 4 hb Mac 2011. Majlis dimulai dengan perarakan bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 8.30 pagi sekitar kawasan kampus yang disertai oleh staf dan pelajar kira-kira 1000 orang.Tujuan perarakan ini adalah untuk mencambah perasaan mahabbah kepada Nabi S.A.W sejajar dengan misi universiti berteraskan konsep Tauhid.
Penceramah jemputan pada kali ialah Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan bin Mat Zain Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Sebelum itu, majlis juga diserikan dengan bacaan Maulid dari kalangan staf universiti serta terjemahan Rawi 1 dan 4 yang dipancarkan melalui projektor. Pihak Tabung Haji juga menyediakan cenderahati kepada pelanggan yang ingin membuka kaunter pendaftaran Haji dan membuka akaun yang baru bagi pelajar. Selain itu, pihak AMAN Palestin membuat pameran dan kutipan derma kepada mangsa-mangsa kekejaman pihak Yahudi ke atas umat Islam Palestin.
PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA SAHABAT RAKAN PUSAT ISLAM UPSI
PADA 12 HB MAC 2011, PUSAT ISLAM MENERIMA KUNJUNGAN DARI RAKAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS (UPSI). PROGRAM INI BERTUJUAN SEBAGAI SALAH SATU MEDIUM UNTUK MENGERATKAN SILATURRAHIM MELALUI PERTUKARAN IDEA DAN PENDAPAT BAGI MEMPERKASA RAKAN MASJID UTHM DAN RAKAN PUSAT ISLAM UPSI.
SERAMAI HAMPIR 40 ORANG AHLI RAKAN PUSAT ISLAM UPSI DISAMBUT MESRA OLEH KAKITANGAN PUSAT ISLAM DAN AHLI RAKAN MASJID UTHM SEBELUM DIBAWA KE BILIK SEMINAR FKEE UNTUK SESI RAMAH MESRA DAN TAYANGAN SLIDE SHOW MENGENAI PUSAT ISLAM DAN RAKAN MASJID.
SETELAH MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT ZUHUR, MEREKA DIBAWA KE PERPUSTAKAAN UTHM BAGI SESI LAWATAN ILMIAH. MEREKA DIDEDAHKAN DENGAN INFO-INFO BERGUNA MENGENAI BAHAN-BAHAN BACAAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN CANGGIH YANG ADA DISANA.
REHLAH IBADAH BERMOTOR 2011
PADA 1 HINGGA 3 APRIL 2011, PEJABAT HUBUNGAN UNIVERSITI DAN MASYARAKAT DAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA TELAH MENGANJURKAN PROGRAM REHLAH IBADAH BERMOTOR 2011 DI FELDA KAHANG TIMUR, KLUANG. PROGRAM INI TELAH MENDAPAT KERJASAMA DARIPADA PEJABAT KADI DAERAH KLUANG DAN JKKR FELDA KAHANG TIMUR, POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DAN KLINIK KESIHATAN KAHANG TIMUR.
SERAMAI 50 ORANG WARGA UTHM TERDIRI DARIPADA PELAJAR DAN STAF SERTA TELAH TERLIBAT MENJAYAKAN PROGRAM YANG BERKONSEPKAN KHIDMAT MASYARAKAT INI.ANTARA PENGISIAN PROGRAM SELAMA 3 HARI 2 MALAM INI IALAH MEMBAIK PULIH 2 BUAH RUMAH FAKIR MISKIN, FORUM PERDANA, REWANG 1FELDA, BENGKEL MEMBUAT ROTI, SUKAN UKHUWWAH, MOTIVASI BELIA, PEMERIKSAAN KESIHATAN SERTA LAWATAN ILMIAH KE PENJARA KLUANG.
ANTARA OBJEKTIF PENGANJURAN REHLAH IBADAH BERMOTOR IALAH MENYERU WARGA KAMPUS KHUSUSNYA PARA PELAJAR DAN BELIA SEKITAR FELDA KAHANG TIMUR AGAR TURUT SERTA DALAM AKTIVITI-AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID. INI SALAH SATU KAEDAH DAKWAH BIL HAL YANG DITERAPKAN DALAM USAHA MENGAJAK MASYARAKAT TURUT SERTA DALAM INSTITUSI MASJID. SELAIN DARIPADA ITU, PROGRAM INI JUGA MENJADI SATU MEDIUM UNTUK MEMPROMOSIKAN UTHM KEPADA MASYARAKAT SEKITAR.
MAJLIS PELEPASAN PESERTA TELAH DISEMPURNAKAN OLEH PROF MADYA DR SYED MUHAMMAD DAWILAH AL EDRUS, PENGARAH PUSAT ISLAM UTHM. KONVOI BERMOTOR PARA PESERTA TELAH DIIRINGI UNIT TRAFIK PEJABAT KESELAMATAN UTHM DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BAGI MENJAMIN KELANCARAN PERJALANAN SERTA KESELAMATAN PESERTA.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PULA TELAH DISEMPURNAKAN OLEH EN.ABDUL GHANI BIN ABDUL RASHID, NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN SEMBERONG MERANGKAP WAKIL RASMI YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN, AHLI PARLIMEN SEMBERONG. DI DALAM UCAPANNYA, EN. ABDUL GHANI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PENGANJUR KERANA BERJAYA MENARIK MINAT KHUSUSNYA PARA BELIA DALAM PROGRAM KEMASYARAKAN MELALUI INSTITUSI MASJID.
DALAM PROGRAM INI JUGA, UTHM TELAH MENYUMBANG BATU ASAS TANDA ARAH MASJID KEPADA PIHAK JKKR FELDA KAHANG TIMUR. PERASMIAN BATU ASAS INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH PROF DR JAILANI BIN MD.YUNOS, PENOLONG NAIB CANSELOR, PEJABAT HUBUNGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT UTHM MERANGKAP WAKIL RASMI YBHG.DATO’ DR MOHD NOH DALIMIN, NAIB CANSELOR UTHM.
MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MIKRAJ.
Majlis Sambutan Isra dan Mikraj diadakan pada 29 Jun 2011. Program kali ini memilih lokasi di Surau Ar-Rahman, Parit Rasipan. Program dimulakan pada awal pagi dengan rewang diantara staf Pusat Islam dan masyarakat kampung tersebut. Seekor lembu sumbangan warga UTHM telah disembelih dan dijadikan gulai untuk dijamu kepada para hadiri pada malam tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan, Tuan Hj. Samian bin Kosni, Pengerusi Surau Ar-Rahman, Parit Rasipan dan diikuti dengan ucapan Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus selaku wakil rasmi Y.Bhg. Prof. Dato’ Naib Canselor UTHM. Selepas itu acara kemuncak iaitu ceramah oleh Al-Fadhil Kiyai Suhaili bin Solihin dengan tajuk ”Israk dan Mikraj Penjana Takwa”. Di dalam ceramahnya, beliau telah mengaitkan peristiwa agung tersebut dengan kehidupan seharian seorang Muslim sejati.
Pusat Islam UTHM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rahman dan para penduduk Parit Rasipan yang sama-sama menjayakan program mulia tersebut.
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA MAJLIS PENTAULIAHAN PALAPES DIRAJA IPTA KALI KE-30
Sempena Majlis Pentauliahan PALAPES Diraja IPTA Kali ke-30, Pusat Islam diberi tanggung jawab besar untuk mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam pada 30 Jun 2011, bertempat di Dewan terbuka UTHM. Forum ini merupakan sebahagian pengisian dari Majlis Pentauliahan PALAPES Diraja IPTA Kali ke-30. Forum dihadiri sebahagian besarnya dari warga PALAPES IPTA seluruh Malaysia. Ahli panel iaitu Ust. Mahyudin b. Sarip dari Universiti Teknologi Malaysia dan Kolonel. Hj. Nawawi b. Daud, Pengarah Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera serta Prof. Madya Dr. Hussain Othman sebagai moderator. Tajuk forum kali ini ialah ”Patrotisma dan Warisan Bangsa; Tugas Siapa.”
SEMINAR KESEDARAN KAMPUS
Pusat Islam UTHM telah berganding bahu dengan PERKIM di dalam menganjurkan satu seminar bagi memberi kesedaran kepada siswa dan siswi IPTA/ Kolej menganai gejala sosial yang kian meruncing di pusat-pusat pengajian seperti gejala murtad, hedonisme dan seumpamanya. Seminar ini diadakan pada 16 Julai 2011 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail dengan disertai oleh 580 peserta dari UTHM, Kolej MAHSA, UiTM Segamat, ADTEC Batu Pahat, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Institut Perguruan Tun Hussein Onn dan Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. Seminar ini terbahagi kepada 3 slot ceramah iaitu; ”Gejala Sosial: Implikasi Terhadap Pembangunan Spiritual Pelajar” yang disampaikan oleh Hjh. Raimah Kemat, mantan Timbalan Pengarah Operasi JAIJ, ”Hedonisme Dan Gerakannya Di Dalam Kampus”yang disampaikan oleh Ust. Ab. Razak Aripin, Pendaftar Sekolah SRI Johor Bahru dan”Kampus Sebagai Medan Dakwah” oleh Kadi Daerah Segamat, Sahibul Fadhilah Ust. Hj. Muttalib b. Abd. Rahim Al-Hafiz.
Seminar ini dirasmikan oleh ADUN Parit Raja merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor; YB. Dato’ Hj. Ab. Aziz Kaprawi.
SEMINAR LOGO HALAL; ”SEJAUH MANA KEYAKINAN ANDA?
Atas kesedaran untuk memberi maklumat mengenai isu makanan halal di negara kita, Pusat Islam UTHM telah bekerjasama dengan Koperasi Penternak Muslim Batu Pahat berhad (KOPENS) telah mengadakan satu seminar mengenai logo halal dan isu sensasi makanan halal bertempat di Dewan Kuliah A, Blok G3 UTHM pada 23 Julai 2011. Seminar ini disertai oleh Warga UTHM dan peserta dari kalangan kakitangan awam dan masyarakat sekitar Batu Pahat seramai 300 orang. Seminar ini terbahagi kepada 3 slot ceramah iaitu ; “Mengenali Sumber Yang Haram” yang disampaikan oleh Dr. Sahilah Abd Mutalib, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan, UKM, ”Mencari Yang Halal itu Adalah Wajib” oleh Dato’ Dr Ma’amor b. Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan ”Kepentingan Sijil Pengesahan Halal” oleh Ustaz Sabaruddin Bin Isnin, Penolong Pengarah Unit Aqidah dan Syariah, Bahagian Penyelidikan , Jabatan Agama Johor..
Seminar ini dirasmikan oleh Pendaftar UTHM; Y. Bhg. Tuan Hj. Sulam b. Hamid.
IHYA RAMADHAN
Program ini diadakan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak iaitu bermula dari 1 Ogos sehingga 29 Ogos 2011. Antara acaranya ialah solat sunat tarawikh dan tadarus setiap malam, majlis berbuka puasa dan sebagainya.
Sebagai pembukaan bagi program ini, Ceramah Marhaban Ya Ramadhan telah diadakan pada 29 Julai 2011 bertempat di Masjid UTHM, dengan menjemput Ust. Ab. Razak Aripin dari Sekolah Rendah Islam Johor Bahru. Antara isi kandungan ceramah ialah sifat-sifat orang yang berpuasa, kelebihan dan fadilat Ramadhan dan sebagainya.
Program memasak bubur lambok juga merupakan program yang diadakan setiap hari Rabu selama bulan tersebut dan sambutan yang diterima amat mengalakkan dengan 5 kawah bubur yang dimasak bersamaan dengan 800 bungkus habis diberikan kepada warga kampus dan kepada sesiapa yang berhajat.
Pada Ramadhan 1432 inilah untuk pertama kalinya Masjid UTHM telah menjemput 2 orang imam bagi mengimamkan solat Tarawikh iaitu seorang dari Kemboja iaitu saudara Abdul Salam b. Mohammad Soleh dan seorang dari Palestin iaitu saudaraAbdullah bin Mohd Yusof Al hafiz.
Pada 5 Ogos pula satu program ‘Keinsafan Ramadhan Bersama Huffaz Palestin’ diadakan di Masjid UTHM. Program ini merupakan program anjuran bersama Pusat Islam UTHM, Haluan Palestin, JAKIM dan Rabitah Ulama' PALESTIN dengan objektif memberi kesedaran kepada masyarakat Islam terhadap tanggungjawab mereka ke atas Palestin dan Masjid al-Aqsa. Seorang huffaz yang berusia 22 tahun Abdullah bin Mohd Yusof Al hafiz yang menuntut di Universiti Jordan dalam Jurusan Mechatronik serta berasal dari Jerusalem, Palestin dijemput untuk memberikan tazkirah sebelum Jumaat. Antara isi tazkirahnya yang diterjemahkan ke Bahasa melayu oleh Dr. Miqdar Rusli ialah sejarah dan punca perpecahan umat Islam Palestin sehingga mudah dijajah dan dirampas tanahnya oleh Yahudi yang tidak seberapa ramai jumlahnya dan perancangan halus pihak Barat untuk membantu Yahudi.
Pada sebelah petangnya, satu program Sanad Al-Fatihah diadakan. Saudara Abdullah bin Mohd Yusof Al hafiz telah mengijazahkan Sanad Al-Fatihah disamping mengadakan kelas Tajwid dan Fasahah ringkas bagi memeriksa bacaan Al-Fatihah peserta. Beliau juga berbuka puasa bersama warga UTHM dan mengimami solat tarawikh dengan membaca Surah Al-Baqarah.
Sempena program tersebut, tabung-tabung bantuan Palestin dibuka dan apa yang memeranjatkan sejumlah RM 1725.25 telah didermakan oleh warga UTHM bagi tabung tersebut.
Manakala Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Bulan Kemerdekaan yang Ke-54 diadakan pada 18 Ogos 2011 di Masjid UTHM. Sebelum majlis berbuka puasa, satu tazkirah mengenai kemerdekaan yang bertajuk; Munazarah Instrospektif Kemerdekaan telah disampaikan oleh P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Pengarah Pusat Islam, antara yang hadir ialah Y.Bhg Naib Canselor UTHM; Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin.
Manakala Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Bulan Kemerdekaan yang Ke-54 diadakan pada 18 Ogos 2011 di Masjid UTHM. Sebelum majlis berbuka puasa, satu tazkirah mengenai kemerdekaan yang bertajuk; Munazarah Instrospektif Kemerdekaan telah disampaikan oleh P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Pengarah Pusat Islam, antara yang hadir ialah Y.Bhg Naib Canselor UTHM; Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin.
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan pula telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di masjid UTHM bersama anak-anak yatim dari sekitar Johor pada 19 Ogos 2011. Antara tentatif program tersebut ialah penyampaian duit raya oleh Dekan FKMP Prof. Dr. Sulaiman bin Hj. Hasan.
Kelab Kelana Siswa juga mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Masjid UTHM pada 20 Ogos 2011. Selain dari menyediakan jamuan untuk jemaah yang berjumlah 600 orang, mereka pada siangnya telah memasak 2 kawah bubur lambuk dan diagih-agihkan kepada orang ramai. Mereka juga membantu pegawai masjid dengan membersihkan masjid sebelum dan selepas berbuka puasa. Selain dari Kelab Kelana Siswa, Kelab Iqra’ UTHM juga mengadakan program memasak bubur lambok pada keesokan harinya (21 Ogos 2011).
Ceramah mengenai Nuzul Al-Quran pula diadakan pada 27 Ogos 2010 bertempat di Masjid UTHM dan penceramah yang dijemput untuk kali ini ialah Ust. Muttalib b. Hj. Abd. Rahim, Qadhi daerah Segamat. Beliau menyentuh didalam ceramahnya mengenai pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa Nuzul Al-Quran selain dari mengaitkannya dengan permasalahan ummah.
Keprihatinan Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor kepada warga kampus ditunjukkan melalui kehadiran beliau di dalam Majlis Sahr bersama Mahasiswa/siswi di masjid UTHM. Beliau tiba seawal jam 4.30 pagi dengan diiringi oleh Profesor Dr. Jailani bin Md. Yunos,Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) dan P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Pengarah Pusat Islam dan bersahur bersama para siswa dan siswi tempatan dan luar negara.
Satu konsep baru telah diperkenalkan sempena bulan yang mulia ini iaitu mengkhatamkan Al-Quran dalam masa sehari. Kosnep ini telah diperkenalkan pada Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di dewan Tunku Ibrahim Ismail pada 3 September 2010. Para pembaca yang dipilih dari setiap Fakulti dan Jabatan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mewakili juzuk-juzuk yang akan dibaca. Dengan konsep ini, sejumlah 30 juzuk bersamaan 114 Surah dapat dihabiskan dalam masa 2 jam sahaja.
HARI KEAMANAN SEDUNIA (UNESCO) PERINGKAT UNIVERSITI: SELAMATKAN MASJID AL-AQSA DARI ANCAMAN ZIONIS.
Pada 22 September 2011 yang lepas telah diadakan Hari Keamanan Sedunia (UNESCO) peringkat Universiti; Selamatkan Masjid Al-Aqsa dari ancaman Zionis bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Program ini merupakan program anjuran bersama Pusat Islam UTHM dan AMAN Palestin. Antara pengisian program ialah rakaman secara langsung ucapan Prof. Dr. Kamalain K.Shaath, Presiden Universiti Islam Gaza (IUG), Palestin, Pelancaran Tabung Aman Palestin oleh P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Pengarah Pusat Islam selaku wakil Y.Bhg Naib Canselor UTHM, Persembahan “Choral Speaking” yang bertajuk “Palestine” oleh Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading yang dipimpin oleh guru mereka Cik Melanie a/p Ghanam.
Selain dari itu, pengisian program juga menyelitkan dua sesi ceramah iaitu ceramah pertama yang bertajuk Kejatuhan Khilafah Uthmaniah dan Hubungannya Dengan Palestin oleh Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya dan ceramah kedua bertajuk Masjid Aqsa Dalam Bahaya dan Kesannya Pada Ummah yang disampaikan oleh Encik Shaharuzzaman bin Bistamam Perunding Aman Palestin dengan dimoderatorkan oleh Dr. Hj. Rosmaini bin Hj. Tasmin, Ketua Jabatan Pengurusan Kualiti, UTHM.
Manakala diluar dewan, pihak AMAN Palestin menyediakan pameran mengenai sejarah Palestin, keadaan umat Islam dan kezaliman Zionis keatas mereka. Selain dari pameran, pihak Aman Palestin juga membuka booth yang menjual cenderahati yang berkaitan dengan Palestin dan juga tabung bantuan Palestin kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan.
PERPINDAHAN MASJID DAN PUSAT ISLAM UTHM KE KOMPLEKS MASJID DAN PEJABAT PUSAT ISLAM BARU.
Mesyuarat Penyerahan Masjid Baru UTHM
Setelah menanti selama 3 tahun, hajat Pihak Pusat Islam untuk berpindah ke pusat pentadbiran dan masjid baru tercapai jua. Pada 3.35 petang, 20 hb Oktober 2011 UTHM yang diwakili oleh P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Pengarah Pusat Islam dan Pihak Pejabat Pengurusan Harta Bina yang diwakili oleh Ir Hj. Alias b.Mohd Zin Timbalan Pengarah PPHB, dan Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin bin Ahmad, Penolong Naib Canselor (Pembangunan) menerima replika kunci dari pihak kontraktor sebagai simbolik penyerahan bangunan masjid dan bangunan sokongan.
Pejabat Am Pusat Islam dan Masjid UTHM berpindah sepenuhnya pada 26 hb Oktober 2011 setelah membuat persiapan perpindahan selama 2 minggu, dan mulai beroperasi secara penuh pada 1 November 2011.
Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Penggunaan Masjid Baru UTHM
Pada 21 hb Oktober 2011, Pusat Islam menganjurkan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena penggunaan Masjid Baru UTHM. Majlis yang julung-julung kali diadakan sebagai program pembukaan Masjid Baru ini dihadiri oleh Y.Bhg Naib Canselor UTHM; Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin,warga kampus, pemimpin dan masyarakat setempat antaranya Y. B Dato Abdul Aziz Kaprawi, ADUN Parit Raja dan Datuk Mohamad Hj Aziz Ahli Parlimen Seri Gading. Majlis ini dipimpin oleh Imam Besar Masjid Batu Pahat; Ust Nazri b Mat Jamaluddin.
Mulai dari tarikh tersebut, secara rasminya Masjid Baru UTHM beroperasi pada Maghrib 21 Oktober 2011 berdasarkan surat kebenaran dari pihak Majlis Agama Islam Johor.
Manakala solat Asar terakhir yang dilakukan di masjid lama sebelum ditutup diimamkan oleh Ust. Haffizan Abd. Haffiz.
Solat Jumaat Pertama di Masjid Baru UTHM
Berdasarkan surat kebenaran dari pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor, Solat Jumaat pertama di Masjid Baru UTHM dilakukan bermula pada 22hb Oktober 2011. Khutbah disampaikan oleh Imam Besar Negeri Johor, Ust. Mohd. Khalid b. Sono dan sebelum khutbah disampaikan pengisytiharan kebenaran menunaikan solat Jumaat di Masjid UTHM disampaikan oleh Imam Besar Masjid Batu Pahat; Ust Nazri b Mat Jamaluddin
Lawatan Mahabbah Kembara Ilmu
Pusat Islam UTHM menerima kunjungan untuk pertama kalinya oleh delegasi luar iaitu dari 50 pelajar dan tenaga pengajar Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) Negeri Sembilan. Program selama 3 hari diadakan dari 15 November sehingga 17 November 2011 merupakan lawatan sambil belajar ke beberapa lokasi di dalam UTHM seperti Masjid UTHM, Kompleks Perpustakaan dan Fakulti Mekanikal dan Pembuatan dan lokasi luar UTHM iaitu UK Agro Farm dan Hutan Lipur Gunung Lambak bagi aktiviti out door serta Zenxin Organik Park untuk lawatan ladang dan pusat ternakan ikan organik.
Antara pengisian program ialah kuliah Subuh yang disampaikan oleh pegawai-pegawai Pusat Islam, Slot Bicara Bersama Tokoh Islam yang membariskan ahli forum iaitu Professor Madya Dr. Yusri bin Yusof, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Pengarah Pusat Islam, serta lawatan ambil belajar ke lokasi di dalam dan luar UTHM.
Antara pengisian program ialah kuliah Subuh yang disampaikan oleh pegawai-pegawai Pusat Islam, Slot Bicara Bersama Tokoh Islam yang membariskan ahli forum iaitu Professor Madya Dr. Yusri bin Yusof, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan P.M Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Pengarah Pusat Islam, serta lawatan ambil belajar ke lokasi di dalam dan luar UTHM.
Pelancaran Karnival TAHA&UTHM dan Minggu Memperkasa Zakat
Pada 21 dan 22 hb Disember 2011, Pusdat Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor, Berita Harian dan Tabung Haji Malaysia telah bergabung untuk menganjurkan program Pelancaran Karnival TAHA&UTHM dan Minggu Memperkasa Zakat yang bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail dan Dewan Terbuka UTHM.
Antara aktiviti yang diadakan dalam Minggu Memperkasa Zakat ialah Forum Memperkasa Zakat diadakan pada 21 hb Disember. Forum yang bertajuk; “Kepentingan Berzakat dan Peranannya Dalam Penyucian Harta” yang disampaikan oleh 2 ahli panel iaitu Syeik Ahmad Faisal b. Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitul Mal dan Dr. Ismail Mushtari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM manakala moderatornya ialah Sahibul Fadilah Syeikh Mustafa b. Omar, Qadi Batu Pahat. Sebelum itu, Majlis dirasmikan bersama dengan Pelancaran Karnival TaHa@UTHM oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah dan selepas perasmian, diadakan pula acara Pengumuman Anugerah Gemilang Zakat bagi fakulti/ jabatan yang mempunyai pemotong zakat pendapatan teramai. Anugerah Emas dimenangi oleh Fakulti Mekanikal dan Pembuatan, manakala Anugerah Perak dimenangi oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Hadir sama di dalam Majlis perasmian Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Haji Mohammad Saimi Mat Som; Pengarang Pendidikan Berita Harian, Haji Muhd. Yusuf Abu Bakar; Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf Majlis Agama Johor (MAIJ), Encik Sahibul Fadhilah Syeikh Ahmad Faisal Mohamad; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad; Pengarah Pusat Islam UTHM, Profesor Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus serta Pegawai-Pegawai Kanan UTHM.
Antara aktiviti yang diadakan dalam Minggu Memperkasa Zakat ialah Forum Memperkasa Zakat diadakan pada 21 hb Disember. Forum yang bertajuk; “Kepentingan Berzakat dan Peranannya Dalam Penyucian Harta” yang disampaikan oleh 2 ahli panel iaitu Syeik Ahmad Faisal b. Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitul Mal dan Dr. Ismail Mushtari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM manakala moderatornya ialah Sahibul Fadilah Syeikh Mustafa b. Omar, Qadi Batu Pahat. Sebelum itu, Majlis dirasmikan bersama dengan Pelancaran Karnival TaHa@UTHM oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah dan selepas perasmian, diadakan pula acara Pengumuman Anugerah Gemilang Zakat bagi fakulti/ jabatan yang mempunyai pemotong zakat pendapatan teramai. Anugerah Emas dimenangi oleh Fakulti Mekanikal dan Pembuatan, manakala Anugerah Perak dimenangi oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Hadir sama di dalam Majlis perasmian Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Haji Mohammad Saimi Mat Som; Pengarang Pendidikan Berita Harian, Haji Muhd. Yusuf Abu Bakar; Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf Majlis Agama Johor (MAIJ), Encik Sahibul Fadhilah Syeikh Ahmad Faisal Mohamad; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad; Pengarah Pusat Islam UTHM, Profesor Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus serta Pegawai-Pegawai Kanan UTHM.
Disebelah petangnya pula diakan kuliah Feqhun Nisa bertempat Dewan Kuliah 3 dengan menjemput Ust. Mohd. Said b. Abd. Rashid dari Pejabat Qadi Batu Pahat dengan membincangkan isu zakat dan perhiasan wanita.
Selain dari forum dan Kuliah Feqhun Nisa’, pihak MAINJ juga membuka kaunter info zakat di Dataran Terbuka selama 2 hari. Selain dari MAINJ, Berita Harian, HPA dan lain-lain juga membuka kaunter di booth-booth yang disediakan.