Program dan latihan


Pusat Bimbingan Islam

Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat Jawatan Kuasa Kecil menangani isu-isu murtad di kalangan saudara baru.Isu murtad di kalangan saudara baru ini berpunca daripada tiada pengajian dan bimbingan yang khusus kepada mereka selepas memeluk agama Islam.
Satu kertas kerja telah dibentangkan di dalam mesyuarat penuh Majlis Agama Islam Johor dengan kerjasama PUSAT ISLAM UTHM bagi cadangan menubuhkan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru di Negeri Johor. Mesyuarat Majlis Agama Islam Johor  telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan membuat keputusan melantik Ahli Lembaga Tadbir PUSBA yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Pertubuhan NGO seperti PERKIM, ABIM dan Persatuan Ulama.

OBJEKTIF
  1. Untuk memberi pendidikan dan kefahaman kepada saudara-saudara baru mengenai asas-asas Islam.
  2. Untuk menyekat dan membendung daripada berlakunya gejala murtad selepas memeluk Islam.
  3. Memelihara kesucian akidah, syariah dan akhlak di kalangan saudara baru.
  4. Meningkatkan kesedaran rasa ukuwwah islamiah di kalangan saudara baru.
  5. Membentuk amalan kehidupan mereka supaya sentiasa berada dalam suasana Islam.
  6. Mengwujudkan pendakwah dari kalangan saudara baru.
  7. Sebagai satu pusat bagi membantu saudara-saudara baru dari aspek kerohanian, kebajikan, keselamatan dan kehidupan beragama Islam.